Wednesday, July 20, 2011

UNIVERSITY & SCHOOL GARDEN COMPETITION FLORIA 2011


























Pertandingan Taman Universiti & Sekolah, Floria Putrajaya 2011 baru sahaja melabuhkan tirai. Sebanyak 25 buah sekolah dan 10 buah universiti terlibat. Pelbagai kenangan dan memori sepanjang penganjuran pertandingan ini dapat dirakamkan. Muka baru, muka lama menjadikan pertandingan ini mempamerkan banyak perubahan daripada segi senibina landskap dan keindahan taman walaupun saiz taman yang agak kecil berbanding dengan tapak pameran yang lain bagi kategori korporat dan taman PBT. Bagi kategori universiti, Akedemi Binaan Malaysia telah berjaya menduduki tempat pertama dikuti Kolej Risda dan Universiti Perguruan Sultan Idris. Manakala kategori sekolah menengah pula, Sekolah Menengah teknik Sepang telah mengungguli emas dan diikuti dengan SMK Jalan Reko dan SMK Putrajaya P8(1). SK Putrajaya Presint 14(1) berjaya memenangi emas bagi kategori Sekolah rendah diikuti SK Jalan 3 memenangi perak dan SK TTDI 1 memenangi gangsa. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 16 Julai 2011 bagi meraiikan para pemenang pertandingan tersebut. Ucapan setinggi terima kasih kepada semua teribat terutamanya peserta-peserta pertandingan taman, urusetia induk Floria Putrajaya 2011 dan Bahagian Perancangan & Kawalan Landskap, Perbadanan Putrajaya kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini. Semoga berjumpa lagi pada Floria 2012 untuk pertandingan yang lebih kompetetif dan lebih menarik. Floria 2012, Bougenvillea.......Bye.

No comments:

Post a Comment